Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, oleh itu damaikanlah kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat."
Rujukan : Insan, Ingatlah! (Sebuah Panduan Menuju Hati Yang Tenang) oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat - M/surat 222
Sunday, March 18, 2007
Surah Toha Ayat 82
Firman Allah Yang Bermaksud: "Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat, beriman, beramal soleh, kemudian tetap di jalan yang benar."
Rujukan : Insan, Ingatlah! (sebuah Panduan Menuju Hati Yang Tenang) oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat - M/surat 130.
Rujukan : Insan, Ingatlah! (sebuah Panduan Menuju Hati Yang Tenang) oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat - M/surat 130.
Friday, March 16, 2007
Adam Hazmi Bin Ab Halim Hilmi Bin Hj Suib Bin Hj Othman Bin Kartomenawi
Adam Hazmi @ DjamDjam @ Chiam @ Ami. Makanan Kegemaran : Masakan Mama & Lempeng Nenek. Minuman kegemaran : Milo Ais. Sukan kegemaran : Bola sepak, Rugby, Badminton, Bowling & Golf. Cita-cita : Cardiologist Surgeon & Al-Hafiz & Angkasawan Negara.
Friday, September 01, 2006
Mengimbau Kisah Lama : Keje Kat TAC Story 1
INTERVIEW
Barulah malam tu aku kelam kabut. Mana baju kemeja aku yang sehelai tu. Alamak, baru aku perasan yang aku baru rendam petang tadi. Sejak aku terima call petang tadi aku rase berdebar pulak, maklumlah pertama kali nak pegi interview. “Kent, aku pinjam baju ko!”, “Usin, aku pinjam kasut ko”. Depa kata ok, aku legaaa. Pinjam meminjam ni biasalah dalam rumah sewa aku tu. Dah macam adik beradik.
(Pagi esoknya). Jalan Kampung Attap, dekat ngan KWSG. KWSG? KWSP aku tau le. Tak pe, aku carik jugak, naik motor senang sikit. Interview pukul 9.30 am. 9.25 am sampai, alhamdulillah sempat. Aku ketuk pintu, “Encik Abdul Halim ye?”, sapa kerani tu. “A’ah ye”, kata aku sambil betul2 kan tie aku yang dah lusuh tu. “Sila duduk dulu encik..”. Tiba-tiba lepas tu lalu seorang pegawai dan menyapa aku, “Kabare? Halim anak Pak Imam ye?” dia menyua tangan untuk bersalaman dengan aku sambil tersenyum. Aku sambut dengan sunguh2.“Waras”, aku gugup. Alamak, macamana dia kenal aku?.
“Encik Halim, sila masuk” jemput kerani tu. Aku ketuk pintu, “Assalamualaikum Encik”, aku sivik, maklumlah ikut buku panduan temuduga yang aku pernah baca. “Alaikumusalam, jemput masuk Lim”. Tarmili Dulah Kusni – aku tengok tanda nama atas meja tu. Laa, ni orang kampung aku. Rumah mak dia kat jalan nak pegi rumah nenek aku. Ishk, asal sekampung tapi aku tak kenal. Aku tetap kontrol sivik.
“Praktikal kat Bangi haritu berapa lama, buat audit kompeni apa?”, tanya Encik Tamili. “6 bulan. Saya sempat buat audit anak syarikat Mara, kompeni construction buat bridge dan buat sikit akaun dan tax Encik”. Encik Tamili angguk. “Ooo…”.
“Mak kat kampung dok dengan sape”. Alamak dah masuk bab kampung. “Duduk dengan kakak saya yang sulung” aku jawap ringkas. Aku faham soalan dia, almaklumlah bapak aku masa tu baru 5 bulan kembali ke Rahmatullah.
Tanpa banyak soalan lagi, Encik Tamili pun kata, “Esok ko boleh keja, ikut Puan Noriza pegi Nilai buat Due Diligence. Datang kerja naik apa?”. “Naik moto” aku jawap. “Datang awal pagi pukul 7.00 am tunggu depan ofis”. “Baik Encik”, aku sivik nye…. “Ok, apa-apa masalah, boleh terus bagitau saya, jangan malu2”. Aku angguk. “Selamat bertugas Halim”. “Baik Cik Tamili. Terima kasih”, dia hantar aku sampai pintu.
Aku macam tak caya dah dapat kerja. Maklumlah masa tu kan economic downturn, ramai graduan macam aku ni yang masih menganggur. Alhamdulillah. Nilah kerja rasmi aku yang pertama. Bermulalah kisah hidup aku di TAC. Tarikh : 4/12/1998.

Sunday, February 19, 2006
Monday, November 28, 2005
Sebelum Terlena
Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri
Yang kerdil lemah yang bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu
Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini
Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul sendiri
Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu
Andainya esok bukan milik ku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi
Sebnelum berangkat ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan raga ku
Selimut diri ku
Dengan sutra kasih sayang Mu
Agar lena nanti ku mimpikan
Syurga yang indah abadi
Pabila ku terjaga
Dapat lagi ku rasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi oh Ilahi
Disepertiga malam
Sujud ku menghambakan diri
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu
Album : Keizinan Mu
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com

Ke Dalam Diri
Kusandarkan lelah
Di sayap malam merebahkan minda
Membius keharuman dunia
Nan berselirat di relung jiwa
Kucuba lelapkan semua indera
Namun tak berdaya
Sejuta keresahan melanda
Tak membenarkan sepicing lena
Diriku bak cericau
Terpenjara di sangkar dosa
Daun pintunya sentiasa terbuka
Melunak kebebasan
Ya Rabbul Izzati
Kembalikan aku ke dalam diriku semula
Agar sempat untuk bersuara
Lafaz taubat nasuha
Ku bimbang seandainya tiada lagi buatku
Suatu hari menjelma bernama esok
Kuragui seandainya tidak sempat untukku
Menghirupi bayu walau sehela Cuma
Kuhanyutkan sisa
Dengan tadahan tangan penuh luka
Mengharap keredupan pawana
Langit akhirat terbentang megah
Lagu: Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik: Itolara (Gurindam Entertainment)
Album : Pelita Hidup III
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com
Di sayap malam merebahkan minda
Membius keharuman dunia
Nan berselirat di relung jiwa
Kucuba lelapkan semua indera
Namun tak berdaya
Sejuta keresahan melanda
Tak membenarkan sepicing lena
Diriku bak cericau
Terpenjara di sangkar dosa
Daun pintunya sentiasa terbuka
Melunak kebebasan
Ya Rabbul Izzati
Kembalikan aku ke dalam diriku semula
Agar sempat untuk bersuara
Lafaz taubat nasuha
Ku bimbang seandainya tiada lagi buatku
Suatu hari menjelma bernama esok
Kuragui seandainya tidak sempat untukku
Menghirupi bayu walau sehela Cuma
Kuhanyutkan sisa
Dengan tadahan tangan penuh luka
Mengharap keredupan pawana
Langit akhirat terbentang megah
Lagu: Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik: Itolara (Gurindam Entertainment)
Album : Pelita Hidup III
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com
Thursday, July 28, 2005
Aku Hanya Umar
Sebelum disapa sinar iman
Kau bagaikan singa yang mengganas
Membunuh anak perempuanmu
Tanpa rasa belas dan kasihan
Dipandu hati sekeras batu
Jahiliah yang menyesatkan
Bila nur Al-Quran menusuk ke jiwa
Lunturlah segala keangkuhanmu
Berubah dan beralih arahmu
Terbentur segala kekejaman
Menjadi wira miskin nestapa
Membela yang tak berupaya
Tidurmu di rimbunan tamar
Tenangmu tiada tercalar
Berbantal lengan tanpa pengawal
Berselimut embun keimanan
Di malam yang hening
Meratap menyesali diri
Pada dosa kealpaan
Dibasuh dengan airmata
Memohon keampunan Tuhan
Engkau khalifah berjiwa hamba
Mentadbir tanpa singgahsana
Menghina diri di hadapan Allah
Kemuliaan diri manusia
Mulia hidup bersulam taqwa
Mulia matimu kau syuhada
Pergi rohmu ke alam tinggi
Terbang menuju ke syurgawi
“Aku hanya seorang Umar
Kemuliaanku kerana Islam
Semua ke syurga kecuali dia
Ku bimbangi dialah diriku”
Hati sekeras batu
Menjadi selembut air
Jadi teman kebenaran
Jadi musuh pada kebatilan
Lagu : Putra Aiman (Hijjaz Records)
Lirik : Pahrol Md. Juoi (Genta Rasa) &
Alif Lam Ra (Gurindam Entertainment)
Susunan Muzik : Firdaus
Penerbit : Munif Ahmad
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.
Album : Damai
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com
Kau bagaikan singa yang mengganas
Membunuh anak perempuanmu
Tanpa rasa belas dan kasihan
Dipandu hati sekeras batu
Jahiliah yang menyesatkan
Bila nur Al-Quran menusuk ke jiwa
Lunturlah segala keangkuhanmu
Berubah dan beralih arahmu
Terbentur segala kekejaman
Menjadi wira miskin nestapa
Membela yang tak berupaya
Tidurmu di rimbunan tamar
Tenangmu tiada tercalar
Berbantal lengan tanpa pengawal
Berselimut embun keimanan
Di malam yang hening
Meratap menyesali diri
Pada dosa kealpaan
Dibasuh dengan airmata
Memohon keampunan Tuhan
Engkau khalifah berjiwa hamba
Mentadbir tanpa singgahsana
Menghina diri di hadapan Allah
Kemuliaan diri manusia
Mulia hidup bersulam taqwa
Mulia matimu kau syuhada
Pergi rohmu ke alam tinggi
Terbang menuju ke syurgawi
“Aku hanya seorang Umar
Kemuliaanku kerana Islam
Semua ke syurga kecuali dia
Ku bimbangi dialah diriku”
Hati sekeras batu
Menjadi selembut air
Jadi teman kebenaran
Jadi musuh pada kebatilan
Lagu : Putra Aiman (Hijjaz Records)
Lirik : Pahrol Md. Juoi (Genta Rasa) &
Alif Lam Ra (Gurindam Entertainment)
Susunan Muzik : Firdaus
Penerbit : Munif Ahmad
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.
Album : Damai
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com
Selagi Ada Hayat (Masih Ada Waktu)
Sahabat masih ada waktu
Untuk kau dan aku
Menghitung dosa-dosa lalu
Lantas membasuhnya kembali menyinar
Menghiasi taman-taman kasih
Masih ada waktu bagi kita
Mengikis coreng-coreng mazmumah
Dan mengutip kuntuman mahmudah
Menghiasi kamar hidup ini
Dan masih ada waktu bagi kita
untuk memupuk kasih dan sayang
Sekuntum cinta Ilahi
Seagung cinta yang murni
Moga ukhuwwah yang dicita ini
Kan terjadi bersama mesra sejati
Bersama memupuk kasih cinta Ilahi
Moga bahagia di negeri abadi
Lagu: Idzhar Jumali
Lirik: Zuraimi Ismail
Hakcipta: OVA Productions
Album : Masih Ada Waktu
Munsyid : Anugerah
http://liriknasyid.com
Untuk kau dan aku
Menghitung dosa-dosa lalu
Lantas membasuhnya kembali menyinar
Menghiasi taman-taman kasih
Masih ada waktu bagi kita
Mengikis coreng-coreng mazmumah
Dan mengutip kuntuman mahmudah
Menghiasi kamar hidup ini
Dan masih ada waktu bagi kita
untuk memupuk kasih dan sayang
Sekuntum cinta Ilahi
Seagung cinta yang murni
Moga ukhuwwah yang dicita ini
Kan terjadi bersama mesra sejati
Bersama memupuk kasih cinta Ilahi
Moga bahagia di negeri abadi
Lagu: Idzhar Jumali
Lirik: Zuraimi Ismail
Hakcipta: OVA Productions
Album : Masih Ada Waktu
Munsyid : Anugerah
http://liriknasyid.com
Sunday, July 03, 2005
RINDU PADA MU
Tiada sehari yang berlalu
Tanpa ku mengingati Mu
Rindu pada Mu
Sentiasa mendambakan
Kasih dan sayang Mu
Semalam aku bermimpi
Dalam hujan ku berlari
Berlari mencari
Memangil-manggil nama Mu
Nama Mu yang sempurna
Kuharap dan kuberdoa
Semoga dapat bersua dengan Mu
Tiada kata yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang ku alami
Cinta ku ini tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi
Apakah aku diterima
Atau kau kan membiarkan saja
Kerana ku berdosa
Jangan biarkan ku terhina
Ku merayu pada Mu
Tanpa ku mengingati Mu
Rindu pada Mu
Sentiasa mendambakan
Kasih dan sayang Mu
Semalam aku bermimpi
Dalam hujan ku berlari
Berlari mencari
Memangil-manggil nama Mu
Nama Mu yang sempurna
Kuharap dan kuberdoa
Semoga dapat bersua dengan Mu
Tiada kata yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang ku alami
Cinta ku ini tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi
Apakah aku diterima
Atau kau kan membiarkan saja
Kerana ku berdosa
Jangan biarkan ku terhina
Ku merayu pada Mu
FATAMORGANA
Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi
Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari
Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama
Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Allah

Subscribe to:
Posts (Atom)